03 June 2010

Astaghfirullah al-azim

Antara sengaja atau tidak sengaja, tetapi bagi saya ia memang disengajakan. Inilah salah satu cara bagaimana mereka menyesatkan umat Islam yang tidak tahu tentang agama, tetapi mengakui mereka beragama Islam. Bermacam-macam cara mereka buat untuk menyesatkan umat Islam, supaya umat Nabi Muhammad S.A.W ini memeluk agama yang mereka anuti. Tetapi saya percaya perkara ini nampak remeh dan dipandang sebelah mata bagi mereka yang kuat Imannya, tetapi kesannya sangat besar sekiranya ia berlaku kepada mereka yang lemah Iman dan dengan mudah terpengaruh dengan cara sebegini.

Apa yang cuba saya sampaikan ini mungkin ada yang sudah mengetahui dan kemungkinan juga tidak mengetahui. Kepada pengunjung blog saya terima kasih kerana sudi baca entri ini.. Mungkin entri ini boleh membuat kita berhati-hati untuk menaip url selepas ini. Sepa tau? =)


Cuba anda taipkan URL blog saya 
http://hatescoffee.blogspot.com dengan betul, sudah tentu ia akan terus menuju ke blog saya, Tetapi sekiranya anda tersalah tulis perkataan BLOGSPOT kepada BLOGPSOT seperti ini http://hatescoffee.blogpsot.com, anda rasa ia akan menuju kemana? Jawapannya ialah BIBLE, apa itu bible? Bible adalah kitab orang Kristian. Itulah yang saya katakan tadi inilah caranya bagaimana mereka menyesatkan orang Islam.

Tidak kira apa Nama Blog Anda, jika anda tersilap taip Blogspot ia akan menuju ke website Bible ini. Cuba lihat gambar dibawah.





Renung-renungkan dan selamat beramal. Mohonlah agar diteguhkan Iman di zaman ini.. Aminn..
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

0 komen sudah!:

Post a Comment

Jangan lupa komen sekali, ok?