16 December 2010

Sinopsis Tiga Episod Terakhir Sinetron Cinta Kirana (Ep. 91-93)

Sinopsis Sinetron Cinta Kirana Episode 91 (16/12/2010, Astro Ria, Jam 6.30 – 7.30)

Galang melihat Kirana menerima lamaran Raka. Galang terkejut  dan berlalu pergi.
Dewi kembali memaksa Joana untuk kembali mengambil bahagian sahamnya dari perusahaan Raka. Joana yang sudah tak tahan dengan sikap ibunya, meminta Dewi berhenti memaksanya. Dewi terkejut dengan perubahan sikap Joana. Dewi kemudian tanpa sengaja mendengar perbualan Joana dengan Rezki. Dewi akhirnya sedar dia telah menyakiti anak-anaknya.
Aida yang melihat Galang nampak sedih menanyakan masalah Galang. Galang kemudian bercerita. Aida menyabarkan Galang. Dia meminta Galang menemui Kirana dan mengucapkan selamat.
Perselisihan faham yang terjadi antara Fara dan Baim semakin parah. Fara yang marah nekad pergi dari rumah. Baim yang tak ingin kehilangan Fara mengejarnya. Disebabkan terlalu letih, Baim jatuh pengsan. Fara panik dan segera membawa Baim ke rumah. Fara merawat Baim. Mereka pun berbaik semula .
Galang menemui Kirana dan mengucapkan selamat berbahagia. Kirana hanya diam menatap Galang. Galang akhirnya pergi.
Hari pertunangan Kirana tiba. Aida yang masuk ke dalam bilik Galang terkejut bila mendapati kamar telah kosong. Galang telah pergi dan hanya meninggalkan sepucuk surat. Aida terkejut.
Kirana melangsungkan pertunangan dengan Raka sementara itu  Galang tengah menuju ke luar kota.
Sinopsis Sinetron Cinta Kirana Episode 92

Galang pergi ke luar kota untuk menenangkan diri. Dia tidak sanggup menghadapi pernikahan Kirana dan Raka. Galang menumpang tinggal di rumah Bagyo sekaligus bekerja di warung mi Bagyo.
Kirana risau akan Galang. Tapi dia tak mau berterus terang pada Raka. Kirana takut kalau-kalau Raka cemburu. Tapi ternyata, Raka juga risau akan Galang. Raka bahkan membantu Kirana mencari Galang. Kirana makin yakin akan pilihannya pada Raka.
Sementara Joana dan Dewi akhirnya minta maaf pada Linda sekeluarga. Mereka memutuskan pindah ke luar negeri. Sandra terus mengejar Joana dan Dewi agar berkomplot dengannya. Sandra akhirnya ditangkap polis. Namun Sandra Berjaya melepaskan diri dan hamper mencelakai Kirana dan Anakia.
Rezki hampir menyatakan isi hatinya pada Alya. Namun hasratnya itu terhalang disebabkan kedatangan Ramli. Ternyata Ramli datang untuk mengungkap rahsia bahwa Alya sebenarnya adalah anaknya yang hilang.
Penantian Fara dan Baim jadi kenyataan. Fara hamil. Seluruh keluarga besar mereka bahagia, dan sekaligus mempertengkarkan soal nama dan jantina bakal bayi.
Ketika Kirana dan Raka sibuk menyiapkan majlis pernikahan mereka, Galang dilanggar kereta.
Sinopsis Sinetron Cinta Kirana Episode 93 (Episode Akhir)

Kirana terkejut ketika mendapat tahu bahawa Galang mengalami kecelakaan. Melihat Kirana yang panik, Raka lalu mengajak Kirana menemui Galang di hospital.
Kirana terkejut melihat keadaan Galang. Dia nampak seperti tidak mau meninggalkan Galang. Hal ini membuat Raka tau kalau Kirana sebenarnya masih mencintai Galang. Namun setelah mendengar ucapan Sita, Kirana memutuskan untuk tetap melangsungkan pernikahannya dengan Raka. Kirana pun meninggalkan Galang dan pulang ke Jakarta bersama Raka.
Persiapan pernikahan dilangsungkan. Namun sehari sebelum pernikahan, Raka melihat Kirana memegang kebaya pemberian Galang sambil menangis. Raka pun sedar, bahawa Kirana memang tidak dapat melupakan Galang.
Di hari pernikahan, Raka membatalkan pernikahan dan menyuruh Kirana menemui Galang. Kirana terkejut dengan ucapan Raka, namun Raka menegaskannya. Kirana akhirnya berlari meninggalkan acara pernikahan. Raka hanya menatap dengan sedih.
Kirana berusaha mencari Galang namun dia tidak menjumpainya. Dengan sedih, Kirana pergi ke danau dan mencurahkan hatinya. Tanpa disedari Kirana, Galang yang sudah ada di sana mendengar semuanya. Kirana dan Galang pun bersatu kembali.


Credit to รจ http://www.mdentertainment.net/
                   Astro Ria 104
                   http://www.indosiar.com/


Posted on by Fadilah Mohamad in | 1 comment

12 December 2010

Perbezaan antara Abid & Alim

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.

SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.

SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.