15 April 2011

Dialah Kawan Dialah Teman




Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri
Impian sendiri
Meski pun jauh namun 
Kita tetap bersama 
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah
Takkan terus berkelana
Ingatlah
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu 
Umpama lipan dan kala 
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta


p/s : kamu lah teman, kamu lah rakan, kamu lah sahabat.. Thanks for being my friends abadan abada. ;-)
Posted on by Fadilah Mohamad | 2 comments

13 April 2011

15 Cara Pelajar Meniru Yang Pengawas Peperiksaan Perlu Tahu

Disebabkan sekarang ni musim exam untuk bebudak IPT & bebudak underage so aku pun dengan bangga nya memberikan tips berguna ini buat tatapan bersama..=) Pernah meniru? Aku mengaku la aku pun pernah dan bukanlah pelajar yang baik pun. Lumrah la tu meniru kan. Entry kali ni bukanlah hendak mengajar meniru tapi sebagai panduan untuk penjaga peperiksaan untuk menangkap mereka yang meniru semasa peperiksaan!
Inilah antara cara-cara untuk meniru dalam peperiksaan!

#1: Guna kuku tangan (fingernail)

Tulis maklumat menggunakan pensil di kuku. Kalau cikgu datang nak tengok, cepat-cepat padam. So, kepada cikgu-cikgu, kalau nampak ada yang asyik tengok kuku tu, sila lah datang senyap-senyap dan tangkap.

#2: Guna mechanical pencil atau pen

Cara ni mesti guna mechanical pencil dan pen yang transparent supaya boleh masukkan kertas dalam tube pencil dan pen ni. Dah masukkan kertas bertulis nota atau formula tu, tutup balik cam biasa. Masa exam, boleh tiru dengan selesanya kecuali kalau cikgu dah membaca rahsia ni. Kalau itu berlaku, akan kantoi la dengan mudah sekali.

#3: Guna kalkulator saintifik

Cara ini memang popular. Selitkan nota kecil menggantikan kertas yang memang sedia ada di bahagian penutup kalkulator tu. So, sila jangan benarkan pelajar membawa penutup kalkulator semasa peperiksaan.
#4:Tengok kertas student lain
Cara ni paling senang. Buat-buat lenguh leher, pastu buat-buat cracking neck. Sambil tu, jeling-jeling jawapan kawan sebelah. Kalau buat selalu sangat, memang wajib ada yang kena ketuk plak kat kepala..haha

#5: Guna penutup pen

Lebih banyak pen yang ada penutup, lebih bagus! Nota penting diselit dalam penutup pen dan tutup pen macam biasa. Bila perlu, ambil la nota dalam penutup pen tu. Tapi jangan buat banyak kali, nanti kantoi. So,  kalau ada student yang bawak banyak pen, try la check penutup pen tu. Mungkin akan menjumpai sesuatu yang tak terjangka!

#6: Tulis di atas meja

Yang ni pun popular. Tulis nota atau formula atas meja. Cikgu takkan asyik nak check meja je kan. If kantoi, cakap la bukan sendiri yang tulis. Tapi tak dapat la nak menolong kalau cikgu kenal tulisan pelajar! Haha

#7: Guna pemadam

Potong pemadam menggunakan pisau tapi jangan sampai putus, potong separuh je. Tulis nota di tempat yang dipotong tadi. Lepas tu, biarkan pemadam tu kembali macam keadaan asal. Bila nak tengok nota tu, bengkokkan sedikit pemadam tu dan boleh lah meniru dengan bijaknya.

#8: Tulis di lanyard

Kebanyakan sekolah sekarang ni mempunyai kad matriks yang dipakai bersama landyard. Nota atau formula di tulis pada landyard dan dipakai semasa peperiksaan. Kemudian jeling-jeling sket nota dan formula yang ditulis semasa peperiksaan.

#9: Guna MP3 player

Yang ini mungkin digunakan oleh mereka yang bertudung. Nota dirakam dalam format mp3 dan dimasukkan ke dalam mp3 player. Boleh dengar nota yang dirakam semasa menjawab peperiksaan. Tapi kalau guna volume terlalu kuat sampai orang lalu dekat pun boleh dengar, senanglah nak tangkap!
#10: Label botol minuman
Ini memang agak popular di negara barat. Caranya label botol minuman ditanggalkan dan di’scan’. Selepas tu, digantikan maklumat label di botol tu dengan nota dan formula. Label dicetak dan ditampalkan semula di botol minuman. Tapi di Malaysia, selalunya pelajar diarahkan meletakkan botol minuman di lantai sebelah meja mereka.

#11: Label botol minuman 2

Cara menggunakan label botol minuman yang kedua ni lebih mudah. Untuk ini mesti menggunakan botol transparent. Label botol minuman ditanggalkan dan bahagian belakang label ditulis dengan nota atau formula. Kemudian label dilekatkan semula pada botol.  Kalau tengok, memang boleh nampak tulisan belakang label tu sebab botol tu transparent.

#12: Guna tisu atau sapu tangan

Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang paling senang nak guna masa exam. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu dan sapu tangan tu dan digunakan untuk lap apa-apa yang patut masa peperiksaan. Bila nak tengok balik nota tu, buat-buat la lipat sapu tangan tu. So, boleh check if ada yang bawa sapu tangan semasa peperiksaan.

#13: Cikgu, nak pergi toilet..

Okay, yang ini memang cara paling selesa untuk meniru. Jangan terkejut kalau ada yang jumpa nota di toilet semasa musim peperiksaan. Mestilah nak meniru jawapan namanya tu. Paling senang, jangan beri pelajar ke tandas semasa peperiksaan walaupun kedengaran agak kejam.

#14: Tulisan braille buatan sendiri

Ini bukan untuk pelajar kurang upaya tapi merupakan salah satu cara untuk meniru. Caranya dua kertas diletakkan bertindih dan nota atau formula ditulis dengan menekan kuat masa  pada kertas bahagian atas. Bawa kertas yang di bawah tu semasa peperiksaan sebagai alas jawapan. Memang nampak kosong tapi sebenarnya boleh nampak formula yang ditulis tadi. Macam tulisan braille pula kan?

#15: Guna getah lebar

Cara ni dilakukan dengan meregangkan getah tu dan menulis nota atau formula atas getah yang diregangkan tu. Bila siap tulis, getah dilepaskan ke keadaan asal. Memang tak nampak apa-apa nota pun bila dah dilepaskan.


Nak lagi?

Korang pergi je Youtube dan search ‘cheating exam’, banyak gila teknik dan cara meniru yang diajar. Video ni yang aku paling suka: ^^
P.S:
  1. Pandai-pandai la pengawas peperiksaan/ lecturer/ cikgu2 tangkap ya kalau ada yang meniru.. =P
  2. Sebarang kemungkinan yang berlaku selepas membaca entri ini adalah 100% bukan disebabkan oleh aku.. haha

credit to Mr. Rie
Posted on by Fadilah Mohamad | 4 comments

11 April 2011

Web Speed Test



Amacam?? Laju ka?? Hoho.. 
Cuba jangan tak cuba ek.. ^^
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

09 April 2011

Mari Cuba Yang Ini ..

Tengah sy syok b'blogwalking kan, tetiba pula terjumpa benda nie.. Disebabkan berjaya jugakla membuat sy geli hati so sy pun cuba2 la kan.. Meh cuba try test..!!

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:


January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

Gabungkan kesemunya dan jadikan satu ayat. Mari kita tengok apa hasilnya. Selamat mencuba.

Hasilnya???

"aku buat sardin dengan hantu jepun di dalam kereta aku sebab aku seksi dan aku boleh buat"

kahkahkah!!!

Posted on by Fadilah Mohamad | 1 comment

03 April 2011

Alamak! Ada sawang suda laaaa....

Aduhai apa kan daya.. Berusaha untuk update blog pun tapi tak pandai update2 gak.. Apa bole buat kan.. Musim angin monsun datang da.. (I mean musim BUSY la..) hehe.. Later will update the latest aktiviti la k.. Untuk peminat-peminat blog sy (eih?? ada juga ke peminat?), tunggu ya.. :)


p/s: Paling besar suda labah2 yang ada di blog aku ni.. Hoho..

Posted on by Fadilah Mohamad | No comments