14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


Selamat tahun baru Islam semua ! Fuh, lama nya aku tidak mencoret di blog ini sehingga kan aku terfikir adakah patut aku teruskan menulis blog ini atau aku perlu padamkan blog ini dari 'search engine' sahaja. Hmm, buntu.


Setelah mengambil masa yang tidak kurang sekejap (tak lama pun nak buat decision), aku memutuskan untuk membiarkan blog ini hidup sebagai medium penyaluran informasi berguna manakala aku akan membuat  blog yang lain lagi untuk diari kehidupan. Buruk pula bila baca entri yang bercampur aduk ni. Kejap serius, kejap jiwang, kejap tak update.. :p Macam rojak!

Kepada peminat2 setia (confirm peminat pun lari dah), nanti aku letak link juga kat page menu di blog ni supaya boleh akses terus diari kehidupan ku ya. Baca je. Jangan 'stalk' lebih2.. Hehe..

Anyway, salam maal hijrah 1434H.. Ini lah langkah pertama aku sebagai pembuka tahun baru aku. Buka blog baru and update blog lama.. Hee~ Nah, buat sesiapa yang lupa bawa doa akhir tahun dan awal tahun, sila rujuk gambar di bawah ni ek.




SELAMAT TAHUN BARU SEMUA! =)

Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

02 July 2012

Tabung Ekonomi Belia - KBS


Apa itu Tabung Ekonomi Belia ?
Tabung Ekonomi Belia diletakkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia dan diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tabung ini bermatlamat untuk memberi bantuan berbentuk pinjaman perniagaan kepada golongan belia dan pihak kementerian dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dana pinjaman serta melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan pinjaman dan membuat kutipan semula. 

Bagaimana tentang Kelayakan dan Syarat Pinjaman?
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Belia adalah seperti berikut:
  • Warganegara yang menetap di Malaysia dan berumur antara 18 – 40 tahun. Minima umur pemohon adalah 18 tahun dan maksima sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara atas talian ataupun manual


  • Telah mendaftar sebagai pemohon sama ada pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau mengisi borang secara manual.


  • Telah lulus saringan Kementerian Belia dan Sukan bagi :
  1. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
  2. Kursus Asas Perniagaan khusus bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan
  3. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan


  • Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.


  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.


  • Hanya seorang sahaja di antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.


  • Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang atau perhutangan


  • Mengemukakan dua 2 orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :
  1. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
  2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap termasuk elaun-elaun tetap dengan syarat tidak kurang daripada RM 1000.00 sebulan.
  3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
  4. Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin
  5. Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua 2 orang peminjam dalam satu-satu masa.


  • Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui institusi kewangan yang dilantik.


  • Hanya satu pinjaman Skim Belia Negara atau SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Bagi pemohon yang telah LULUS ujian saringan, dan mempunyai ciri-ciri berikut adalah DIKECUALIKAN daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.
  1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan. Maka, tidak perlu untuk mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
  2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah Kementerian Belia dan Sukan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
  3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
  4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
  5. Telah mengikuti program inkubator anjuran oleh mana-mana agensi kerajaan.


Syarat-syarat yang ditetapkan ini bertujuan untuk memastikan mereka yang mahu mendapatkan pinjaman benar-benar serius untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan apabila pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi kelulusan. Kesemua syarat-syarat ini digariskan juga untuk memastikan golongan belia yang layak benar-benar boleh memberi pulangan yang berbaloi dengan bantuan melalui Tabung Ekonomi Belia yang telah diberikan.
JENIS - JENIS SKIM
1.0 Skim Belia Niaga (SBN)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah dilantik sebagai institusi kewangan bagi menyelia Skim Belia Negara ini. Skop projek yang dibenarkan dibawah skim ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
  • Perkhidmatan
  1. Kedai gunting rambut
  2. Salun kecantikan dan spa
  3. Klinik
  4. Farmasi
  5. Perlancongan
  6. Kedai runcit
  7. Mencuci kenderaan
  8. Solekan dan andaman
  9. Bengkel kenderaan motor dan motosikal
  10. Fotografi dan video
  11. Kimpalan
  12. Membaiki radio, televisyen, telefon bimbit dan alat elektronik
  13. Pusat tuisyen
  14. Kedai makan dan restoran
  15. Pengiklanan dan percetakan
  16. Perkhidmatan profesional
  17. Kedai elektrik
  18. Kedai perabot
  19. Kedai tayar
  20. Kedai alat ganti

  • Pembuatan
  1. Kraf tangan
  2. Pakaian
  3. Anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik

  • Perniagaan ICT
  1. Kedai internet dan pusat latihan
  2. Kedai fotokopi, alat tulis dan pembayaran bil

  • Kiosk atau Gerai atau Pasar Malam atau Penjaja
  1. Burger
  2. Yong Tau Fu
  3. Jagung
  4. Ais krim serta van atau lori atau motor bergerak
  5. Stokis dan francais dengan tidak termasuk kos pembiayaan untuk membeli premis perniagaan serta modal kerja untuk kontraktor
  6. Perniagaan berkonsepkan jualan langsung

2.0 Skim Belia Tani (SBT)
Bagi Skim Belia Tani pula, Kementerian Belia dan Sukan telah melantik Bank Pertanian Malaysia sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memberi pembiayaan melalui skim ini. SBT dikhususkan untuk apa-apa aktiviti atau perniagaan yang berorientasikan pertanian. Ini bertujuan untuk membuka minat golongan belia supaya menceburi bidang pertanian selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu yang memperkenalkan konsep pertanian suatu perniagaan. Maka, pihak kerajaan mengambil inisiatif ini untuk memastikan golongan belia diberi peluang memajukan sektor pertanian negara.
Antara skop projek di bawah Skim Belia Tani adalah :
  • Pengeluaran tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, bauh-buahan, bunga-bungaan dan juga herba.
  • Ternakan haiwan seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, biri-biri dan ternakan puyuh .
  • Perikanan iaitu ternakan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar.
  • Ternakan lebah madu dan industri asas tani iaitu seperti kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu dan kerepek dan makanan ringan atau snek.
  • Perkhidmatan tani yang meliputi bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak termasuk baja dan alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan, buah-buahan dan lanskap.
Perkhidmatan tani ini adalah tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak dan buah-buahan tempatan yang lain juga kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan apa-apa perniagaan berkonsepkan jualan langsung.
CIRI - CIRI SKIM
1.0 Institusi Kewangan yang Dilantik
Institusi kewangan yang dilantik adalah bertanggungjawab sebagai pengurus dana bagi Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani dan bank-bank yang terlibat ialah :
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN)
  • Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)


2.0 Had Pinjaman
Had pinjaman yang telah dipersetujui antara Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak bank bagi kedua-dua skim adalah dari nilai minima RM5,000.00 sehingga maksima RM50,000.00.
3.0 Kadar Bayaran
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim SBN dan SBT adalah empat 4% setahun dengan berdasarkan kepada baki pinjaman.
4.0 Yuran Proses
Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Bank Pertanian Malaysia yang telah dilantik oleh KBS.
5.0 Kos Guaman Dan Insurans
Segala kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insurans akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak peminjam dan bukan di bawah kuasa pihak bank atau Kementerian Belia dan Sukan.
6.0 Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
7.0 Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman akan dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik dan tempoh bayaran balik pertama pinjaman dibuat mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.
8.0 Tempoh Pinjaman
Had maksimun yang telah ditetapkan untuk tempoh bayaran semula pinjaman bagi kedua-dua Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani adalah sehingga 7 tahun.
Bagi mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Ekonomi Belia ini, pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu melalui laman sesawan portal MPEB atau secara manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah dan menghantar semula borang yang telah lengkap diisi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Daerah. Setiap permohonan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan setengah untuk diproses secara teliti dan keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas itu.
HARAPAN KERAJAAN
Apa yang pasti, pihak kerajaan pada hari ini begitu giat menjalankan usaha untuk membantu golongan belia melalui program-program keusahawanan. Ini kerana, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang dapat memberi pulangan lumayan kepada para usahawan sekiranya diusahakan dengan cara yang betul dan bijak. Pihak kerajaan juga telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi memastikan ada peluang yang dibuka untuk golongan belia pada hari ini mencuba nasib dalam aktiviti perniagaan.
Langkah yang diambil oleh kerajaan ini juga adalah salah satu cara untuk menyelamatkan golongan belia daripada krisis pengangguran yang begitu hebat melanda negara. Selain itu, Tabung Ekonomi Belia juga memberi ruang kepada para belia melakukan aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan belia dan pihak kerajaan. Berapa ramai pada hari ini remaja dan belia yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti merempit, penyalahgunaan dadah, masalah pembuangan bayi, pergaulan bebas, dan kebejatan akhlak.
Melihat akan hal inilah, kerajaan memutuskan untuk memberi sesuatu yang berharga dan boleh mendatangkan manfaat bukan hanya kepada golongan belia. Golongan belia seharusnya sedar dan mengambil peluang keemasan ini untuk memajukan diri dan juga keluarga yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan juga negara. Apa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan ini tidak mendatangkan kerugian sekiranya digunakan dengan baik dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar memberi pembiayaan, pihak kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan melalui Skim Tabung Ekonomi Belia sedia memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para belia yang berminat untuk menceburi lapangan perniagaan. Oleh itu, diharapkan agar usaha pihak kerajaan untuk menyelamat dan mengangkat golongan belia ke satu tahap yang lebih cemerlang disambut baik oleh semua pihak terutama golongan belia. Semoga bidang keusahawanan terus menjadi pilihan para belia negara.

p/s : Aku pun mau try jugak la. ^^ 
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

14 June 2012

Kisah Hidupku 14/6


Huh penat.. Baru balik dari kelas. Hari ni aku ada dua sesi kuliah jak. Pagi jam 10 -12 tengahari untuk kelas Personal Development & Ethics dan jam 2-4 petang untuk kelas Quantitative Business Analysis.  Huh, kelas QMT tu mmg tough sket la.. Kena2 lagi sekarang ni kira demam exam suda la.. Tapi time kelas PDE tu sempat juga la aku buat presentation topik aku walaupun lambat datang kelas setengah jam. Takpe, lecturer I sporting yang amat ! Hehe..

K, stop citer sal kuliah.. Aku actually mau cerita pasal meeting aku tadi. Meeting pertama dengan semua MT & exco PEERs diploma untuk sem Jun – Nov 2012 ni. Bila tengok semua berkumpul & aku duduk di tengah2 mereka, seriously I missed all of them. Mungkin semangat kekeluargaan yang ada lagi2 selalu buat aktiviti bersama yang membuatkan aku boleh rasa begitu.. (wah, jarang ni aku mau b'feeling2 sama orang ni) hahaha!

So pengisian meeting tadi? Tiada yang pelik jugala, just pemberitahuan tentang program hari Sabtu ni & penyusunan takwim aktiviti PEERs.. Tu je pun.. Tapi yang sioknya, masing2 teruja mau buat aktiviti. Tu juga yang buat aku sayang dengan dorang2 ni. Apa-apa pun aku just wait & see la dengan perancangan program dorang.

Berbalik kepada cerita program hari Sabtu ni, Jabatan Kesihatan dengan kerjasama UiTM Sabah ada buat program ‘Siswa Sihat 1 Malaysia’. Ramai student pelik, program ini untuk siswa jak ka? Aish, mau salahkan kedangkalan mereka pun xboleh juga sebab aku pun tanya soalan yang sama juga first2 dengar nama program tu. Hihi. Part mana yang siok di program ni, guess what? , BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH ! Aku teruja terus mau tengok apa kejadiannya ni nanti. hehe.

Peranan aku pula sepanjang program ni, mau tau apa? Aku dipilih untuk jadi designer kupon2 checkpoint, kupon makan & kupon markah KI. Direct di tunjuk time meeting hari itu, tak boleh nak bantah lagi. But its okay, I take it as a challenge to myself. ^^ Nanti aku post ya hasilnya bila dah siap cetak semua.
So that’s all la untuk post kali ini. Wait for another post ya! Mo sambung design kupon dulu ni.. :P

Babai !!!
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

19 April 2012

It's All About PTPTN



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

IMPLIKASI PEMANSUHAN PTPTN !!!


IMPLIKASI PELUPUSAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN



p/s : Sangat tidak setuju dengan pemansuhan PTPTN ini. Hanya perlu penambahbaikan dari segi pengurusan & lebih baik kalau menjadi satu perbadanan yang mengikut syariah sudah memadai. Sumber disini.
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

25 March 2012

Ciri - Ciri Pemimpin Yang Baik



Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian. 

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. 

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah: 

 1. Mentaliti 

  •  Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. 
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. 
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. 
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi. 


2. Kemasyarakatan 

  •  Kesediaan memberi dan menerima pendapat. 
  • Sikap positif dan terbuka. 
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. 
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan. 


3. Moraliti 

  •  Mempunyai disiplin diri yang unggul. 
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. 
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam. 


Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak. 

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai: 


  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. 
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. 
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional. 


Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik: 


  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman. 
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya. 
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus. 
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya. 
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada. 
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada. 
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja. 
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia. 
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka. 
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif. 


Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. 

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan. 

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan.



p/s : Sumber sini..
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

16 March 2012

ME WITH THEM !

Hari ini takda kuliah lagi. Lecturer semua busy dengan amanat rektor tadi pagi & hal masing2..
Jadi aku menghabiskan masa di depan laptop kesayangan aku ni dengan facebooking, blogwalking & bongkar gambar2 lama. Nostalgia ~ huhu

Dalam banyak2 gambar belum habis g tengok sumenya actually, ada 1 gambar menggamit perhatian aku. Hehe, gambar time Kempen Kesedaran Kesihatan 2012. Wah, comel aku sana tau! LOL tapi betul pun kann.. :p


Dari kiri belakang : Abu, Sir Roslan, Wada
Depan : Me & Aan


Ada apa dengan gambar ni? Sebab aku putih disini! Hahaha! Nda baa~ Sebab this is my teammates! Ada lagi la yang lain juga cuma kita teda ba gambar yang agak 'formal' macam ni. Nextyme aku upload ah kalau aku jumpa..  Hee ~ Time gambar ni di ambil, kami tengah lepak2 di meja yang sepatutnya jadi kaunter pendaftaran derma darah. Tapi dah tukar kaunter, so kami la yang conquer sana. Kami 4 orang (abu,aan,wada & me) merangkap exco buku cenderamata time majlis perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan ni & automatik jadi wakil Badan Peer Kaunselor untuk majlis ni.

So now, let the picture do the talking ya! Sakit ba ni tonsil aku sekarang.. :p


p/s : Credit to Nor Marliza for this gorgeous pixxa! Thanks babe!



15 March 2012

Aku suka dia!!




0:12 - Tengok muka c Alexa.. hehehe
0:20 - Yeah.. :)
0:26 - Apa dia buat tu? hehe
0:55 - Pegang tangan daddy sebab nak keluarkan suara tinggi.. ^^
1.00 - Habis nafas! haha
1:05 - Vibrato!
1:12 - Terkiuk sikit.. Nasib comel. :p
1:40 - Tetiba aktif!
1:45 - Justin Bieber in da house! LOL
2:20 - Feeling habis...
2:57 - Terus laju baa.. haha
3:03 - Tepuk2 bahu daddy.. :)
3:15 - Kening tuuu... ^^


Take one candy!!

Alamak! Habis suda masa aku untuk buat assignment.. Gara2 budak kecik ni la ni.. Huhu..
Till we meet again! Adious!

p/s : Bapa dia hensem kan.. heheheheh...
Posted on by Fadilah Mohamad | 1 comment

11 March 2012

Pelan Celcom X2


Hari tu aku pergi beli simpack celcom yang baru. Sanggup berlari pergi Plaza Wawasan sebelum ambil bas pergi Beringgis Beach Resort (ada program uitm) untuk cari simpack celcom gara2 mo jimat kredit untuk sms someone.
So hendak dijadikan cerita, dalam bas on the way ke Papar tu juga la aku merasmikan sim card baru tu. Punya syok mau daftar nombor kawan dalam 8pax tapi dia cakap ‘8pax is not available for this plan’. Terus bingung ni sekejap. Cek punya cek rupanya sim celcom aku ni Pelan X2.

Apa ke bende X2 nih? Tak pernah dengar pun.

Rupanya Pelan X2 nih pelan terbaru Celcom untuk menguasai semula takhta mereka sebagai peneraju pelan prabayar di negara ni. Thanks to Janz la sebab bagitau aku. Haha! Mo tanya pacik Google aritu lagi tapi arini baru t’ingat. Dasar pelupa. :p

Apa kelebihan Pelan X2 ni?



Weehoo! 1 sen sms dari celcom ke celcom dan 5 sen sms dari celcom ke telco lain. Punya jimat tu. Patutla aku rasa kredit aku tak kurang banyak walaupun sms lain telco.

So apa lagi? Tukarla pelan sekarang kalau mahu jimat. (untuk pengguna Celcom sahaja).


p/s : Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam, sila klik sini.
Posted on by Fadilah Mohamad in | No comments

Bingung!


What a boring blog.. Begitu ka kamu rasa bila baca blog aku ni? Alamak, sorry jakla kalau macam tu.
I try to make it interesting tapi kalau orangnya pun tak pandai nak meluah sini blog susah juga kan..
A bit nerdy la katakan.. :P

Maybe lepas ini, aku cuba la untuk update2 kan selalu blog ni. Kalau tentang program2 yang aku selalu


ikut atau urus memang banyak la ceritanya. :) And aku try la untuk share with you all kenangan & pengalaman tu and of course with pixxa sekali.. :)


So, welcome to blogging world again Dyla!



p/s : Kata ganti nama diri ini pada blog ini adalah 'aku'. Harap maklum.. 

10 March 2012

Masih Perlu


Masih Perlu

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka


Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku


Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada


Mesti engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini


Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu
Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu.. 


p/s : For someone who not replying my messages & cheated on me.. (Jiwang siot!)

21 February 2012

I Believe - Irfan Makki ft. Maher Zain



I BELIEVE 

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe





p/s : Dedicated from someone to me..