25 March 2012

Ciri - Ciri Pemimpin Yang Baik



Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian. 

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. 

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah: 

 1. Mentaliti 

  •  Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. 
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. 
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. 
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi. 


2. Kemasyarakatan 

  •  Kesediaan memberi dan menerima pendapat. 
  • Sikap positif dan terbuka. 
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. 
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan. 


3. Moraliti 

  •  Mempunyai disiplin diri yang unggul. 
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. 
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam. 


Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak. 

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai: 


  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. 
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. 
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional. 


Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik: 


  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman. 
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya. 
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus. 
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya. 
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada. 
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada. 
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja. 
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia. 
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka. 
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif. 


Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. 

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan. 

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan.



p/s : Sumber sini..
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

16 March 2012

ME WITH THEM !

Hari ini takda kuliah lagi. Lecturer semua busy dengan amanat rektor tadi pagi & hal masing2..
Jadi aku menghabiskan masa di depan laptop kesayangan aku ni dengan facebooking, blogwalking & bongkar gambar2 lama. Nostalgia ~ huhu

Dalam banyak2 gambar belum habis g tengok sumenya actually, ada 1 gambar menggamit perhatian aku. Hehe, gambar time Kempen Kesedaran Kesihatan 2012. Wah, comel aku sana tau! LOL tapi betul pun kann.. :p


Dari kiri belakang : Abu, Sir Roslan, Wada
Depan : Me & Aan


Ada apa dengan gambar ni? Sebab aku putih disini! Hahaha! Nda baa~ Sebab this is my teammates! Ada lagi la yang lain juga cuma kita teda ba gambar yang agak 'formal' macam ni. Nextyme aku upload ah kalau aku jumpa..  Hee ~ Time gambar ni di ambil, kami tengah lepak2 di meja yang sepatutnya jadi kaunter pendaftaran derma darah. Tapi dah tukar kaunter, so kami la yang conquer sana. Kami 4 orang (abu,aan,wada & me) merangkap exco buku cenderamata time majlis perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan ni & automatik jadi wakil Badan Peer Kaunselor untuk majlis ni.

So now, let the picture do the talking ya! Sakit ba ni tonsil aku sekarang.. :p


p/s : Credit to Nor Marliza for this gorgeous pixxa! Thanks babe!



15 March 2012

Aku suka dia!!




0:12 - Tengok muka c Alexa.. hehehe
0:20 - Yeah.. :)
0:26 - Apa dia buat tu? hehe
0:55 - Pegang tangan daddy sebab nak keluarkan suara tinggi.. ^^
1.00 - Habis nafas! haha
1:05 - Vibrato!
1:12 - Terkiuk sikit.. Nasib comel. :p
1:40 - Tetiba aktif!
1:45 - Justin Bieber in da house! LOL
2:20 - Feeling habis...
2:57 - Terus laju baa.. haha
3:03 - Tepuk2 bahu daddy.. :)
3:15 - Kening tuuu... ^^


Take one candy!!

Alamak! Habis suda masa aku untuk buat assignment.. Gara2 budak kecik ni la ni.. Huhu..
Till we meet again! Adious!

p/s : Bapa dia hensem kan.. heheheheh...
Posted on by Fadilah Mohamad | 1 comment

11 March 2012

Pelan Celcom X2


Hari tu aku pergi beli simpack celcom yang baru. Sanggup berlari pergi Plaza Wawasan sebelum ambil bas pergi Beringgis Beach Resort (ada program uitm) untuk cari simpack celcom gara2 mo jimat kredit untuk sms someone.
So hendak dijadikan cerita, dalam bas on the way ke Papar tu juga la aku merasmikan sim card baru tu. Punya syok mau daftar nombor kawan dalam 8pax tapi dia cakap ‘8pax is not available for this plan’. Terus bingung ni sekejap. Cek punya cek rupanya sim celcom aku ni Pelan X2.

Apa ke bende X2 nih? Tak pernah dengar pun.

Rupanya Pelan X2 nih pelan terbaru Celcom untuk menguasai semula takhta mereka sebagai peneraju pelan prabayar di negara ni. Thanks to Janz la sebab bagitau aku. Haha! Mo tanya pacik Google aritu lagi tapi arini baru t’ingat. Dasar pelupa. :p

Apa kelebihan Pelan X2 ni?



Weehoo! 1 sen sms dari celcom ke celcom dan 5 sen sms dari celcom ke telco lain. Punya jimat tu. Patutla aku rasa kredit aku tak kurang banyak walaupun sms lain telco.

So apa lagi? Tukarla pelan sekarang kalau mahu jimat. (untuk pengguna Celcom sahaja).


p/s : Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam, sila klik sini.
Posted on by Fadilah Mohamad in | No comments

Bingung!


What a boring blog.. Begitu ka kamu rasa bila baca blog aku ni? Alamak, sorry jakla kalau macam tu.
I try to make it interesting tapi kalau orangnya pun tak pandai nak meluah sini blog susah juga kan..
A bit nerdy la katakan.. :P

Maybe lepas ini, aku cuba la untuk update2 kan selalu blog ni. Kalau tentang program2 yang aku selalu


ikut atau urus memang banyak la ceritanya. :) And aku try la untuk share with you all kenangan & pengalaman tu and of course with pixxa sekali.. :)


So, welcome to blogging world again Dyla!



p/s : Kata ganti nama diri ini pada blog ini adalah 'aku'. Harap maklum.. 

10 March 2012

Masih Perlu


Masih Perlu

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka


Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku


Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada


Mesti engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini


Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu
Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu.. 


p/s : For someone who not replying my messages & cheated on me.. (Jiwang siot!)