12 February 2014

Kembali Semula - Kisah Survey dan Emel

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian (adaka juga pembaca blog berhabuk ni ah? haha). Takpa la, aku anggap ada ja pembaca tu kan. Kalau tak pun, diri sendiri jadi pembaca tegar pun boleh.

Tetiba jam 3.22 pagi ni hati tergerak mau menulis dalam blog ni even dah setahun tak update. Malas bukan main lagi menjadi2. Mungkin atas faktor sibuk study & berprogram kali ah. So sejak jadi penganggur ni ada lah masa lapangnya sikit. Hehee..

Actually tadi baru habis godek emel. Godek punya godek, terjumpa la satu emel yang agak berhabuk juga suda. Resit satu produk yang dibeli time tahun 2011 lagi. Mungkin aku suda habis explore produk tu back then tapi jari jemari ni eager mau klik semula link tu untuk refresh semula apa yang ada dengan produk tu sampai aku teringin sangat mau beli. Sudahlah benda tu dibeli guna duit dollar! 35USD k ! Mak aii, bukan main lagi aku memboroskan duit PTPTN time tu.

Sebenarnya produk tu produk SurveyPaid. Kira buat survey depan laptop dengan selesanya di rumah masing-masing & earn dollar la di penghujungnya. Aku kan dari dulu lagi memang sangat2 suka dengan benda2 yang buat duit tanpa keluar sangat peluh ni (dah namanya pemalas kan, apa boleh buat. :P). Bila aku check database survey dalam website tu, macam ada certain survey site lagi yang aku belum familiar. Either aku belum isi atau Malaysia belum ada dalam senarai negara yang dorang provide survey lagi time 2011 tu, maybe la. Assumption aku sendiri.

Aku scroll down list tu & aku buatlah kesimpulan sendiri mungkin ada separuh yang aku belum sign-up. Duit tuuu mesti dikurik kalau sudah jumpa lubuk. Ya ka nda? Ya kan? Bukan main mahal lagi aku beli dulu tapi aku tak fully utilize memang bangang la aku tu. Haha. Jadi aku pun buka akaun Yahoo (since aku terlampau banyak akaun emel Google suda) untuk bagi spesifik emel untuk buat kerja2 survei ni. Bercampur aduk dengan personal emel payah juga, sendiri pening mau delete. Huh ~

Tadaaa.. Benda ni sebenarnya aku mau cerita. Interface akaun Yahoo baru sudaaaa !!! And aku sekarang super-sakai dengan features yang ada ni. Yalah, mau dekat 5 tahun aku kasi tinggal dunia Yahoo ni sebab beralih arah ke Gmail.

Lawa kan ~ Lawa kan~


Bahagian paparan emel tu actually akan fade / invisible bila kita hover out cursor. Maksudnya bila kita tak letak cursor tu di tengah, bahagian emel tu akan hilang dan background images tu akan kita lihat sepenuhnya. Aku letak gambar laut jadi themes aku so dapat bayangkan betapa tenangnya aku nampak gambar tu lepas stress tengok emel yang bertimbun dalam inbox (macam dalam Gmail aku sekarang ni la). Buat masa ni itulah benda yang paling aku fancy sangat di emel Yahoo ni.

Apa-apapun, aku kagum la dengan Yahoo sebab walaupun competitor dia ni super gah dari dorang suda sekarang tapi still tidak give up, still memberikan yang terbaik untuk customer dorang, still update & bagi catchy sesuai dengan trend semasa. Tidak macam sesetengah syarikat yang at last jual ja syarikat dorang sebab malas mau fikir next creation.

Pesanan untuk diri sendiri juga. Jangan cepat putus asa. Hehe. Aik, post warming up pun panjang berjela suda aku taip, so aku mengundur diri la dulu. Nanti diupdate cerita seterusnya.


For now, adios ~
Posted on by Fadilah Mohamad | No comments

0 komen sudah!:

Post a Comment

Jangan lupa komen sekali, ok?